Kerajaan Persekutuan Setuju Beri Sumbangan Khas RM10Juta Setahun Kepada Kedah

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Sidang Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi bayaran sumbangan khas kepada Kedah pada kadar RM10 juta setahun mulai tahun ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata keputusan itu diambil susulan daripada hasrat disuarakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempengerusikan Majlis Kewangan Negara untuk 2018 pada 7 Jun lepas, supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pemberian khas bernilai RM10,000 setahun sebagai nilai pajakan tanah Pulau Pinang.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (PH-Jerlun) sama ada Kerajaan Persekutuan bersetuju mengkaji nilai pajakan tanah Pulau Pinang yang dilihat sudah tidak bersesuaian dengan nilai hartanah semasa, atau Kerajaan Persekutuan mahu memberikan pampasan kepada Kerajaan Kedah.

Katanya kadar sumbangan tersebut akan disemak semula setiap 10 tahun sekali atau dalam jangka masa yang difikirkan sesuai.

 

Berita Selanjutnya : – 

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview