KJ sah tanding Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebentar tadi mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Ahli Parlimen Rembau itu turut memuat naik borang penamaan calon yang mengesahkan beliau akan bertanding jawatan nombor satu parti itu.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bismillahirrahmanirrahim,” katanya ringkas.

Kenyataan ringkas itu mengesahkan jawatan presiden ketika ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk pemangku Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan blogger, Rahmat Azim Abdul Aziz.

Proses pencalonan untuk semua jawatan bahagian, tiga sayap dan Majlis Tertinggi (MT) bermula 1 Jun lalu dan berakhir jam 5 petang ini menerusi tiga kaedah pencalonan iaitu dalam talian, melalui pejabat UMNO bahagian dan menghantar sendiri borang pencalonan ke ibu pejabat UMNO.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview