Lebuh Raya SMART Tawar Diskaun Tol 20 Peratus Bersempena Deepavali

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya itu bersempena perayaan Deepavali yang disambut pada 10 Nov ini.

diskaun sempena deepavaliKetua Pegawai Operasi Lebuh Raya SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin dalam satu kenyataan hari ini berkata pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun berkenaan dari pukul 6 pagi Selasa (10 Nov) hingga 6 pagi Rabu (11 Nov).

“Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan hanyalah RM2.40 berbanding kadar biasa iaitu RM3 untuk setiap hala masuk dan keluar Kuala Lumpur.

“Diskaun tol yang diberikan ini merupakan komitmen sosial syarikat kami kepada pengguna yang menggunakan Lebuh raya SMART pada hari perayaan tersebut,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh melayari laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, atau di laman Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau berhubung di talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview