image-2Lapangan terbang itu akan ditutup sehingga esok dan hanya akan dibuka semula selepas satu penilaian semula terhadap situasi berkenaan dibuat.

“Sebanyak 692 penerbangan dibatalkan,’’ kata pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan.

Gunung Rinjani yang terletak di Pulau Lombok sudah memuntahkan debu sejak minggu lalu.

“Gegaran akibat aktiviti gunung berapi terus dilaporkan berlaku dan potensi lebih banyak letusan masih tinggi,’’ jelas Agensi Meteorologi Indonesia dalam satu kenyataan.

Media Indonesia melaporkan, letusan gunung berapi itu turut mengakibatkan penangguhan penghantaran pulang seorang lelaki rakyat India paling dikehendaki, Rajendra Nikalje yang lebih dikenali sebagai Chhota Rajan.

Chhotta Rajan ditahan di Bali minggu lalu selepas lebih dua dekad pemburuan antarabangsa dibuat ke atasnya.

Puluhan ribu pelancong di Bali terkandas akibat penutupan lapangan terbang itu pada Julai lalu yang dibuat semasa kemuncak musim percutian selepas letusan gunung berapi berlaku di Gunung Raung di Jawa Timur. – REUTERS