Malaysia Boleh Belajar Daripada Negara Konflik Tentang Survival Mereka – Najib

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Malaysia boleh belajar daripada pengalaman negara lain yang pernah berdepan dengan konflik tentang survival mereka dan bagaimana mereka berjaya pulih semula, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKBeliau berkata kunci kepada kejayaan mereka adalah keamanan, kestabilan, tadbir urus baik dan pembinaan keinstitusian.

“Bosnia, Kemboja, Rwanda … ini ialah negara-negara (yang pernah) mengalami konflik dalaman yang serius, perang saudara, perang saudara serius, tetapi mampu kembali pulih.

“Saya fikir ini menunjukkan betapa pentingnya keamanan, kestabilan dan juga tadbir urus dan pembinaan keinstitusian. Kami perlu memastikan tadbir urus dan institusi-institusi yang mantap yang meliputi setiap individu.

“Saya fikir ia merupakan pengajaran yang boleh dipelajari daripada pengalaman negara-negara terbabit, dan musibah konflik,” katanya dalam sidang media bersempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-11 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview