Mandat Rakyat Adalah Menerusi Pilihan Raya Bukan Deklarasi Rakyat – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Pemuda UMNO hari ini sekali lagi mengulangi pendirian bahawa mereka menolak deklarasi rakyat kerana beranggapan deklarasi terbabit bertentangan dengan sistem politik negara yang berdasarkan kepada demokrasi berparlimen.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata menerusi sistem tersebut kerajaan ditentukan menerusi pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dan bukannya melalui deklarasi, bukannya menerusi pungutan suara dan bukannya menerusi tandatangan mahu pun melalui sidang akhbar.

IMG_6389-300x191“Jadi bagi kita deklarasi rakyat paling penting adalah mandat yang diberi dalam pilihan raya dan mandat itu masih lagi memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MOU) antara Pemuda UMNO dengan Might Meteor.

Pemuda UMNO diwakili oleh Penolong Setiausahanya, Datuk Sahfri Abd Azi, manakala Might Meteor diwakili oleh Pengarah dan Pengarah Urusan, En Abdul Halim Mohd Bisri dan Pn Jasmin Baba.

Menerusi kerjasama tersebut, Khairy berkata ianya bakal memberi peluang dan ruang kepada pelajar bumiputera yang gagal menaljutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menceburkan diri dalam bidang latihan vokaisonal dan teknikal.

Katanya lagi lebih 80 kursus latihan daripada 11 sektor yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan  dan memberi peluang kepada mereka yang menceburkan diri kelak.

“Inisiatif ini di bawah Pemuda mahir akan meningkatkan kemahiran sedia ada, memberikan kemahiran baru serta menempatkan pelatih di dalam industri dan sekaligus akan membantu mereka yang tidak berjaya ke IPT.

“Antara program yang dilaksanakan nanti adalah kursus jangka pendek di bawah Might Meteor dalam bidang yang berkenaan kemahiran serta kemhiran tinggi,” katanya.

Pengumuman melalui program dan inisiatif dari MOU akan diumumkan melalui platform media sosial PPUM – Twitter @PPUMOnline.

Pada masa yang sama Khiary turut memberitahu Unit Dana Bumiputera akan mengadakan program outreach mereka pada 17 April ini di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

“Menerusi program ini kita akan bawa wakil kementerian serta agensi yang berkaitan untuk sama-sama bertemu dengan rakyat melalui konsep pameran dan program sepanjang hari.

“Selain daripada ruang pameran sesi penerangan, ianya juga akan menampilkan usahawan-usahawan ‘foodtruck’, usahawan muda  dan juga sesi istimewa dengan juruccakap kementerian, agensi serta usahawan yang telah melalui pengalaman berniaga.

“Siri outreach ini bertujuan membawa inisatif kerajaan terus kepada rakyat dan merupakan sebahagian dari ikrar kita untuk menjadi satu wadah penggerak yang membawa manfaat kepada rakyat,” katanya.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview