Melaka Laksana Projek Pelancongan Fasa Dua Di Kampung Jawa

MELAKA, 11 Nov — Kerajaan negeri akan melaksanakan tidak lama lagi projek pembangunan pelancongan fasa dua di Kampung Jawa yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka di sini.

ru_03.3Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata projek itu dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Kesenian akan melibatkan pembangunan semula struktur rumah-rumah lama di sekitar perkampungan tersebut.

“Kampung Jawa di Jalan Kee Ann mempunyai banyak rumah lama, jadi kita akan bangunkan semula rumah tersebut bagi membolehkan pelancong melihat keunikan Melaka.

“Saya bercadang untuk mengekalkan beberapa rumah di kawasan tersebut bagi mengekalkan keaslian dan sejarahnya sama seperti sungai Cheonggyecheon di Seoul,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri di sini, hari ini.

Idris berkata projek pembangunan bernilai RM180 juta itu melibatkan tiga peringkat dengan peringkat pertama telah dijalankan dan menelan kos sebanyak RM60 juta.

Dalam perkembangan lain Idris berkata kerajaan negeri akan membentangkan Bajet Negeri 2016 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri minggu depan.

Katanya, buat kesekian kalinya ia merupakan bajet lebihan.

Berita Berkaitan