Memo Gesa Tindakan Ke Atas Pemimpin Anti-Mukhriz – GKCM

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) hari ini meminta supaya tindakan disiplin dikenakan ke atas ketua-ketua bahagian yang menyatakan pendirian ‘hilang keyakinan’ terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

20160121012531Pengerusinya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, sebelum ini, sembilan ketua cawangan Umno Teluk Kemang digantung hak ahli Umno selama enam tahun kerana mendesak presiden parti Datuk Seri Najib Razak berundur.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya parti tersebut mengambil tindakan sama ke atas ketua-ketua bahagian yang hadir pada sidang media di Alor Star semalam.

“Kami mahu supaya mereka juga diambil tindakan oleh tribunal disiplin parti.

“Tak boleh amalkan pilih kasih dalam membuat keputusan. Apa yang kami mahu di sini ialah keadilan yang saksama.

“Jika ketua cawangan Teluk Kemang dijatuhi hukuman sehingga enam tahun, kami mahu enam tahun juga dijatuhi pada semua yang ada di Alor Star semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Sebelum itu, satu memorandum berhubung hal sama diserahkan kepada Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusuf.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview