image-6Ketua Pegawai Eksekutif (MMM) Yang Won-Chul berkata, syarikat itu menjangkakan peningkatan harga di antara dua hingga tujuh peratus bagi setiap kenderaan bergantung kepada model.

Bagaimanapun, Won-Chul ber­kata, MMM akan terus menawarkan promosi menarik kepada para pelanggannya.

“MMM akan terus komited menyediakan pemilikan kereta yang mudah serta memberi lebih nilai bagi wang pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, jika ringgit menunjukkan peningkatan, syarikat akan menyemak semula struktur harga kenderaan.

Untuk maklumat lanjut, pelang­gan boleh melawat laman web www.mitsubishi-motors.com.my atau mengunjungi pusat pameran Mitsubishi di seluruh negara.