Mukhriz Tetap Tenang Jalankan Tugas

ALOR SETAR, 21 Jan — Walaupun melalui hari yang agak sukar sejak semalam, namun Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini kelihatan tenang menjalankan tugasnya.

CZO-aDhWcAA5Zk8.jpg-largeBeliau bersama isteri, Toh Puan Norzieta Zakaria menghadiri istiadat Anugerah Pingat dan Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88 di Istana Anak Bukit di sini pagi ini.

Semalam, Mukhriz menerima kejutan apabila beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen UMNO Kedah serta beberapa pemimpin kanan UMNO negeri menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Tidak lama selepas itu, hampir 1,000 orang berkumpul di perkarangan Bangunan UMNO Negeri Kedah di sini malam tadi sebagai tanda sokongan kepada beliau.

Mereka berkumpul sejak 8 malam, menunggu ketibaan Mukhriz di bangunan itu untuk menghadiri mesyuarat tertutup UMNO Bahagian Jerlun.

Dalam istiadat hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan mendahului senarai 160 penerima darjah kebesaran sempena hari kedua istiadat tersebut di sini yang disempurnakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kamalanathan menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview