Najib Minta Filipina Buru Dan Ambil Tindakan Terhadap Pembunuh Bernard Then

MANILA, 18 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Filipina untuk memburu dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab membunuh rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, yang diculik kumpulan bersenjata pada Mei lepas.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK“Kita akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada kerajaan Filipina dalam usaha mereka mengambil tindakan dan membawa mereka (penculik) ke muka pengadilan,” kata beliau.

Najib, yang kini berada di Filipina untuk Sidang Kemuncak Para Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 , berkata beliau telah berbincang tentang insiden tersebut dengan Presiden Filipina Benigno S.Aquino III.

“Beliau beritahu saya bahawa kemungkinan mereka mengambil tindakan tersebut kerana operasi yang dilakukan oleh Tentera Filipina telah memberi tekanan kepada mereka dan terpaksa berpindah-randah dalam bergerak dengan lebih pantas.

“… dan kehadiran rakyat Malaysia itu menyebabkan pergerakan mereka tersekat tetapi ia bukan satu alasan yang boleh diterima. Beliau (Then) sepatutnya dibebaskan,” kata perdana menteri. — BERNAMA

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview