Nasharuddin Mungkin Akan Diganti Di Bachok

Oleh: Mior Azlan Mior Kamarulbaid

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu seperti dilaporkan Antarapos berkata kemungkinan Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa yang juga bekas Timbalan Presiden PAS tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.

Mohamad berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Nasharudin tidak akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok yang pernah dimenanginya itu.

Portal itu turut melaporkan timbul ura-ura tiga calon lain yang bakal menggantikan tempat Nasharuddin iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Bachok Ahmad Marzuk Shaary, Arif Fahmi Abdul Rahman yang juga menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Wan Nik Wan Yusoff yang tewas kepada penyandang kerusi, Datuk Awang Adek Hussain pada pilihan raya umum lalu.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview