Parti PPBM, Warisan Pesaing Tapi Bukan Ancaman Kepada UMNO & BN

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa UMNO dan BN mempunyai barisan kepimpinan dan keahlian yang kukuh, yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibantu Datuk Seri Zahid Hamidi, jadi rakyat boleh menilai kemampuan barisan UMNO dan BN yang telah lama menabur bakti untuk rakyat.

36c18d2f-45da-4a8e-9ec1-8194e4ade493“Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai kepimpinan parti PPBM, namun bagi kita (UMNO) juga mempunyai perancangan untuk rakyat dan paling penting kita laksanakan apa yang telah kita janjikan dalam membela rakyat selama ini,” ujarnya kepada media selepas merasmikan pra-pelancaran  KL International Youth Discourse 2016, di sini pagi tadi.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa rakyat Sabah sejak dari dulu bersama BN, jadi kemunculan parti baru yang diterajui beberapa bekas pimpinan UMNO sendiri di Sabah mewujudkan saingan baru kepada UMNO dan BN di Sabah.

“Saya tidak nampak Parti Warisan merupakan sat ancaman kepada BN dan insya-Allah, kita akan menang dengan selesa pada PRU 14 kerana kita ada satu barisan yang kuat, kita ada perancangan dan kita juga laksanakan apa sahaja perancangan yang kita buat,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia  memaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti pihak-pihak yang dikaitkan dengan bilionaire Amerika Syarikat, George Soros yang cuba mencampuri urusan dalaman negara.

Pada masa ini, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum mengambil tindakan susulan.

“Kita menerima banyak aduan berhubung isu ini. Kita akan membuat penyiasatan termasuk di media-media sosial.

Pihak kami akan bekerjasama rapat dengan polis sekiranya turut melibatkan bidang kuasa pasukan itu dan akan mengambil tindakan susulan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pra pelancaran Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 di sini sebentar tadi.

 

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview