PAS dan Salahuddin Ayub Rasis dan Fanatik- Kalai

Kuala Lumpur, 27 Jun – Pertubuhan NGO India hari ini meminta Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub memohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0.

Presiden Nambikai, Kalai Vanar berkata, Thaipusam adalah upacara keagamaan yang menyaksikan masyarakat Hindu melaksanakan nazar serta menyembah tuhan, dan bukan berbentuk demonstrasi jalanan.

“Kenyataan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India. Kami hairan bagaimana seorang Anggota Parlimen yang matang boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dengan mengaitkan dan mengutuk upacara keagamaan dan kepercayaan sebuah kaum.

Beliau tidak boleh mengaitkan Bersih dengan upacara agama kami Thaipusam. Kami mahu dia turun sekarang dan mohon maaf kepada kaum india,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan demostrasi aman di hadapan bangunan Parlimen pagi tadi.

Tambahnya, jika Salahuddin tidak mohon maaf, kumpulan mereka akan mengadakan demostrasi di seluruh Malaysia.

“Kami dah sedar, PAS adalah sebuah parti yang rasis dan fanatik,” tambahnya lagi.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview