Pas Semakin Letih Jadi Rakan Tukang Cuci Pakatan Pembangkang

KOTA BHARU 26 Jun – Sampai bilakah Pas akan terus menjadi tukang jawab serta ‘tukang sapu’ kepada isu-isu serta dakwaan yang melibatkan pemimpin pakatan terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saban waktu ada sahaja isu dan dakwaan yang melibatkan tokoh pembangkang dan seperti biasa pimpinan Pas akan terus bertungkus lumus untuk menjawab atau memainkan peranan sebagai tukang cuci kepada setiap kekotoran yang dilakukan rakan pakatan mereka.

Mengulas perkara tersebut Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof  percaya Pas sebenarnya sudah semakin bosan dan letih untuk terus menjadi rakan pakatan yang peranannya hanya sebagai tukang cuci dari isu wakil rakyat bogel, sokong Israel, skandal jamban, liwat, akaun RM3 bilion dan macam-macam lagi.

“Sebab itu kita lihat sejak akhir-akhir ini Pas seperti seperti habis gas untuk bersungguh mempertahankan rakan pakatan mereka… ini kerana Pas juga semakin terhimpit dengan pelbagai isu dalaman mereka.

“Saya percaya rata-rata penyokong Pas sendiri pun sedar perkara ini di mana Pas seolah-olah dipergunakan semata-mata kepentingan politik rakan pakatan mereka saja di mana peranan utama hanya sebagai tukang cuci,” katanya di sini, hari ini.

Ustaz Afandi seterusnya percaya selagi Pas terus bersama pakatan pembangkang maka selagi itulah Pas akan menjadi tukang cuci kepada najis yang ditinggalkan pemimpin rakan pakatannya terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Seperti yang sebutkan di atas, dari isu wakil rakyat bergambar bogel, isu liwat, video seks termasuklah yang dikatakan derhaka kepada ibu kandung dan isu RM3 bilion yang dikatkan dengan Anwar, Pas nampaknya dilihat memainkan peranan untuk menyucikan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang yang terlibat.

“Jadi kepada rakan-rakan saya yang masih setia bersama Pas, eloklah bermuhasabah sementara masih berkesempatan,” katanya.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview