Pasang Bendera Parti Politik Bidangkuasa PBT- SPR

PUTRAJAYA, 22 Mac  — Isu pemasangan  bendera dan bahan kempen sebelum bermulanya  proses Pilihan Raya Umum  ke-14 (PRU14) terletak dibawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Pada masa ini, tindakan terhadap pemasangan semua bentuk bahan kempen bukannya dibawah  bidang kuasa SPR kerana proses pilihan raya belum lagi bermula. 

“SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk untuk mengarahkan poster atau bendera diturunkan kerana kuasa yang diperuntukan kepada SPR  hanya boleh dikuatkuasa semasa tempoh rasmi kempen pilihan raya selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,”katanya. 

Tempoh rasmi kempen pilihan raya hanya bermula pada hari penamaan calon dan berakhir pada tengah malam sebelum hari mengundi, katanya dalam satu kenyataan.

“Dalam hal ini, SPR menasihati semua pihak supaya sentiasa mematuhi semua peraturan dan undang-undang sedia ada yang ditetapkan oleh PBT dan mana-mana pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan dan keharmonian masyarakat setempat,”katanya.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview