Pembangkang Usah Malu Akui Keperluan Lebuh Raya Bertol – Anuar Manap

SEKIJANG, 4 Nov – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap menyifatkan pembangkang tidak perlu malu untuk menerima hakikat bahawa keperluan untuk membina lebuhraya bertol sepertimana yang berlaku di dalam rancangan pembinaan lebuh raya baru di Selangor.

Ujarnya, kerajaan pusat ditohmah dengan pelbagai laungan seperti zalim dan sebagainya lagi, akhirnya apa yang berlaku dalam rancangan pembinaan Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) dan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) menunjukkan mereka sebenarnya hipokrit.

maxresdefault-e1446215076588“Inilah hakikatnya parti pembangkang… apabila melibatkan Barisan Nasional (BN) semuanya dianggap zalim…semuanya dianggap menindas rakyat dan pelbagai ungkapan serta tohmahan lain dalam usaha meracuni pemikiran rakyat terutama bagi menjayakan matlamat mereka untuk mendapatkan undi semata-mata.

“Apa salahnya dalam konteks ini mengakui keperluan berkenaan. Kita percaya dan penuh yakin kerajaan pusat tidak sama sekali untuk menekan rakyatnya apatah lagi untuk menindas. Segala perancangan serta pelaksanaan yang dilakukan adalah untuk kepentingan dan kebajikan rakyat semata-mata.

“Jadi dalam konteks pembinaan lebuhraya bertol di negeri Selangor, cuba maklumkan dan cuba ketengahkan apa yang beza dengan lebuhraya yang ada hari ini. Bukankah lebuh raya yang dicadangkan itu ada tol juga dikenakan. Adakah itu tiadk dianggap zalim,” katanya kepada portal UMNO-Johor, baru-baru ini.

Dilaporkan kerajaan negeri Selangor didakwa meluluskan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) sejauh 32 kilometer untuk menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Jaringan Tengah II (MRR2) dari Sri Petaling ke Ulu Klang, melalui Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Taman Putra Ampang.

Anuar seterusnya menambah keperluan lebuh raya semestinya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan juga pelbagai faktir lain yang diambil kira oleh mereka yang bertanggungjawab adlam melaksanakan lebuh raya di negara ini.

Justeru tegas beliau tidak timbul soal zalim dan sebagainya lagi sepertimana yang ditohmah oleh parti pembangkang yang seriingkali menjadikan kerajaan pusat sebagai sasaran mereka dalam usaha meracuni pemikiran rakyat di seluruh negara.

Katanya janganlah malu untuk menerima hakikat berkenaan kerana sudah jelas dan sudah nyata dnegan perkembangan yang berlaku di Selangor yang merupakan negeri yang dikuasai dan diperintah oleh parti pembangkang di negara ini.

“Kalau zalim maksudnya apa pula statusnya di Selangor itu…janganlah pula nanti keluar pelbagai alasan karut marut untuk menghalalkan tindakan mereka dalam menjayakan projek pembinaan lebuh raya baru berkenaan.

“Apa pun kita tidak terkejut dan tidak pelik jika keluar alasan-alasan baru untuk menutup perkara tersebut. Mungkin mereka malu alah untuk mengakui apa yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat. Kita tunggu apa kata kerajaan negeri Selangor termasuklah ‘panglima’ pembangkang lain dalam soal ini,” katanya.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview