Pemimpin DAP Biadap Hina Umat Islam Protes Filem Hina Nabi Muhammad – Rosnah

Kuala Lumpur – Pergerakan Puteri UMNO hari ini  mengecam kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem ‘Innocence Of Muslims’.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan Ngeh yang menyatakan bahawa umat Islam membuang masa kerana memprotes tayangan video dan filem tersebut sebagai biadab dan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam di negara ini.

“Di saat umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia merasa marah dengan penghinaan dalam filem tersebut, terlalu malang untuk seorang pemimpin di Negara ini yang mengaku memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa dan agama membuat kenyataan sebegitu rupa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi kenyataan Ngeh itu juga memperlihatkan perangai sebenar pemimpin DAP yang tidak menghormati Islam selepas Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh, menolak hukum hudud sebelum ini.

Menurut Rosnah lagi, lebih malang apabila tiada seorang pun pemimpin Pas bersuara terhadap kenyataan tersebut dan parti yang mengakui memperjuangkan Islam ini seolah-olah ‘reda’ dengan apa sahaja kenyataan pemimpin DAP yang menghina agama Islam.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview