Pemuda Johor Sambut Baik Permohonan Semak Semula Keputusan ICJ Ke Atas Batu Putih – Hahashim

JOHOR BAHRU, 4 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Johor hari ini menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara atas permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Pulau Batu Putih yang telah diputuskan pada 23 Mei 2008.

Unknown-4Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, kami memandang isu Pulau Batu Putih ini dengan cukup kritikal, kerana ianya melibatkan pertikaian wilayah kedaulatan Malaysia, yang secara sejarahnya Pulau ini dimiliki oleh Kesultanan Johor.

“Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824 yang dahulunya menyatakan bahawa Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Puteh.

Tetapi keputusan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak memihak kepada kita pada tahun 2008, dan kami berharap epilog pertikaian wilayah kedaulatan ini akan berakhir dan memihak kepada Kerajaan Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pergerakan Pemuda UMNO Johor berpandangan bahawa permohonan ini akan membuka ruang dan peluang bagi Pulau Batu Putih diserahkan semula kepada Kerajaan Malaysia. Usaha ini seharusnya disokong oleh segenap lapisan masyarakat memandangkan isu kedaulatan menjangkaui sempadan politik kepartian.

“Selain itu, perkembangan terbaharu ini sudah semestinya memberikan nafas dan harapan baharu bukan sahaja kepada Bangsa Johor bahkan seluruh Rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang mengharapkan agar pulau ini dikembalikan semula kepada Kerajaan Malaysia,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview