Pemuda UMNO Tidak Setuju Tindakan Terburu-buru Kementerian Kesihatan

Kuala Lumpur: Jangan terburu-buru. Itu gesaan Pemuda UMNO kepada Kementerian Kesihatan berikutan keputusan untuk merampas sebarang cecair nikotin yang dijual peniaga vape.

imageEXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata kementerian sepatutnya menumpukan usaha yang lebih penting iaitu kempen hidup sihat dengan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya rokok.

Katanya, di Malaysia, antara 10 hingga 12 peratus punca kematian adalah kerana amalan merokok iaitu lebih 10,000 kematian setahun.

Malah, katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan bahaya merokok adalah haram.

“Sedangkan masih tiada kajian saintifik mengenai bahaya vape yang dilakukan di negara ini. Masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengharamkan atau mengambil tindakan terhadap penggunaan rokok elektronik itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nazir Hussin berkata, Pemuda menyarankan kementerian mengehadkan kawasan menghisap vape seperti kawasan larangan merokok yang dilaksanakan sekarang ini bukan mengharamkannya.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview