Peningkatan Kes Jenayah Syariah Di Selangor Satu Petunjuk Allah swt

KUALA LUMPUR 19 Okt – Bekas Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom tidak terkejut dengan peningkatan kes jenayah syariah di negeri berkenaan malah melihatnya sebagai satu petunjuk daripada Allah s.w.t terhadap umatnya.

Menurut beliau apabila pentadbir dan pemegang amanah sesebuah negeri menjurus kepada soal politik semata-mata, maka kerja-kerja asas yang diamanahkan oleh rakyat dan Allah s.w.t akan tercicir.

“Tentunya apabila perkara ini berbangkit Pas semestinya dipersoalkan oleh banyak pihak…..Kita pun nak tanya juga apakah peranan mereka dalam pentadbiran kerajaan Selangor hari ini.

“Apakah sekadar Pak Pacak… Apakah sekadar pelakon tambahan atau hanya sekadar pelengkap kepada institusi pemerintahan di Selangor. Perkara ini timbul setelah mereka dengan lantang berjuang berlandaskan Islam tetapi apa yang berlaku itu menimbulkan pelabagi persoalan.

“Jadi apa yang dibangkitkan oleh Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin perlu mendapat perhatian sewajarnya daripada pimpinan Pas Selangor. Harap-harap dapat mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan ummah,” katanya   di sini.

Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin selepas merasmikan Seminar “Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani Jenayah Syariah” berkata sebanyak 1,151 kes jenayah syariah direkod oleh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, melebihi jumlah yang direkod sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas cuma 1,077 kes direkodkan.

“Peningkatan ini merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012.

“Kesalahan jenayah syariah di Selangor juga dilakukan oleh pelbagai generasi tanpa mengira usia, jantina dan latar belakang pendidikan seseorang,” katanya.

Mengulas lebih lanjut Datuk Zainal Abidin seterusnya menambah apa yang berlaku itu merupakan petunjuk daripada yang maha Esa agar semua pihak dapat membuat penilaian dan perhatian sewajarnya.

Malah ujar beliau lagi banyak perkara-perkara lain telah timbul seperti isu rampasan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan yang akhirnya berpihak kepada yang berhak menujukkan segala-galanya.

“Jadi semua akal yang waras dapat menganalisa dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya fenomena seperti yang dibangkitkan oleh JAIS itu akan terus berlaku jika ianya tidak dibendung.

“Justeru kepada seluruh umat marilah kita sama-sama bersatu agar apa yang berlaku itu tidak akan terus berlaku,” katanya.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview