Penjawat Awam Tidak Boleh Ambil Mudah Soal Integriti – KM Melaka

MELAKA, 9 Nov — Penjawat awam sebagai tunjang kerajaan tidak boleh sama sekali mengambil mudah soal integriti bagi memastikan urus tadbir kerajaan dapat dijalankan dengan teratur dan telus, kata Ketua Menteri Melaka atuk Seri Idris Haron.

11707820_1103260566365739_3238119669750981500_oBeliau berkata kegagalan penjawat awam menerapkan nilai integriti dalam perkhidmatan mereka boleh mendatangkan kesan negatif kepada struktur kerajaan.

“Sebagai anggota kerajaan harus mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan supaya ia tidak menghasilkan satu tanggapan yang negatif terhadap pihak yang terkesan.

“Kerajaan juga mempunyai pendekatan yang sistematik dalam usaha membanteras rasuah dan gejala tidak berintegriti bukan sahaja dalam kalangan anggota kerajaan bahkan swasta,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 166 pemimpin masyarakat India di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap penjawat awam yang terlibat dalam kes salah laku integriti dan akan memberikan ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci mana-mana kes salah laku.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview