Penyokong harus yakin, faham cara Tunku Ismail – Zulkurnain

ISKANDAR PUTERI, 20 Mac– Penyokong bola sepak harus lebih memahami dan yakin dengan cara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menguruskan sesebuah pasukan bola sepak .

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, peminat juga seharusnya memberi peluang kepada Tunku Ismail untuk terus menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam usahanya membentuk sebuah pasukan yang kuat.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah memberi kebebasan dan kepercayaan penuh kepada Tunku Ismail untuk merancang dan merangka strategi bagi pasukan bola sepak negeri ini dan terbukti kepercayaan itu membuahkan hasil.

“Tunku Ismail telah membuktikan bahawa kepercayaan kami terhadap kepimpinan beliau telah membuahkan hasil dan kini pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul sebagai salah sebuah pasukan disegani di Malaysia dan Asia,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman Tunku Ismail meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM, baru-baru ini.

Zulkurnain ditemui pada Majlis Taklimat dan Penyerahan Replika Cek Johor Future dan Sukan Muafakat Johor 2018, di sini hari ini.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview