PERKASA Tak Layak Desak KJ Letak Jawatan Menteri Belia Dan Sukan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Briged Kesatria Muda hari ini berdiri teguh di sebalik kepimpinan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNI mahupun sebagai Menteri Belia dan Sukan, sekaligus menafikan kewajaran desakan dari Pertubuhan Pribumi Perkasa untuk YB Khairy meletakkankan jawatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Pengerusinya, Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah dalam kenyataannya kepada media hari ini, tertarik saya mengenai kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa desak YB Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan beliau sebagai menteri mengenai isu bendera Indonesia namun meminta kepimpinan PERKASA untuk mengikuti perkembangan semasa terutama dalam isu bendera Indonesia di Sukan Sea.

“Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berjiwa besar telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia iaitu Imam Nahrawi atas kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam sebuah buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Isu ini telah selesai antara dua negara secara semangat nusantara,” ujarnya yang juga EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, isu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memohon maaf kepada kepada kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) itu hak mereka. Tetapi harus ingat sebagai rakyat Malaysia kita harus berikan keutamaan pada Negara kita melebihi daripada negara jiran.

“Saya yang mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin mengingatkan kepada Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan bela orang Melayu itu tiada hak untuk menentukan hala tuju perjuangan UMNO ataupun mendesak membuang mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka, kerana ianya adalah hak akar umbi UMNO yang telah memilih pemimpin melalui proses demokrasi pemilihan,” tambahnya.

Berita Berkaitan