PH Belum Tetapkan Calon PRK Balakong, Seri Setia – Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pakatan Harapan (PH) belum memutuskan nama calon yang akan bertanding bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan DUN Seri Setia.

Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ketika ini PH masih dalam proses membuat pemilihan calon yang sesuai untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

“Keputusan muktamad meletakkan calon bagi kedua-dua kawasan itu belum dimuktamadkan serta akan melalui proses pemilihan.

“Untuk PRK Balakong, parti DAP ada kemukakan calon namun belum diketahui lagi siapa, sementara bagi Seri Setia, kita akan membuat pemilihan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSC) 2018 di sini.

Beliau ditanya sama ada PH telah mempunyai calon untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

Kerusi DUN Balakong kosong ekoran kematian penyandangnya, Eddie Ng Thien Chee yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas, sementara kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview