Polis Indonesia Tahan Jamal Yunos

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang diburu polis lebih sebulan lalu, ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada 6.15 petang, hari ini.

Perkara itu disah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke negara ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia khususnya POLRI atas bantuan mereka,” katanya.

Jamal, 48,  dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.

Jamal didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada 5 Okt tahun lepas.

Selain itu beliau turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview