Polis, SPRM Diminta Siasat Segera Pendedahan Penyelewengan RM1 Billion Di Selangor

Kuala Lumpur – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd Iszeham A. Hamid mendesak pihak berkuasa agar segera mengadakan siasatan terhadap dakwaan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong yang mendakwa berlakunya penyelewengan di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang melibatkan transaksi berjumlah lebih RM 1 billion.

Menurut beliau, dakwaan penyelewengan berjumlah RM1 billion ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan sejumlah wang rakyat yang begitu banyak.

“Saya meminta agar pihak polis dan SPRM agar segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan Datuk Chua Tee Yong itu, adakah benar-benar berlaku penyelewengan sebanyak itu dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor.

“Begitu juga dengan dakwaan beliau yang mengatakan bahawa kerajaan negeri telah membeli aset Talam Corporation dengan harga RM676 juta duit rakyat untuk menyelamatkan syarikat terbabit, biarpun sebelum ini bajet dewan Undangan Negeri Selangor telahpun meluluskan sebanyak RM392 untuk syarikat tersebut.

“Saya yakin, rakyat di negeri ini pastinya juga ingin tahu sejauh manakah dakwaan tersebut dan sekiranya ia benar, maka pelaku-pelaku yang melakukan penyelewengan terbabit perlu dihadapkan ke muka pengadilan dengan kadar segera. Kerajaan Pakatan Pembangkang  di Selangor juga perlu terbuka dan tidak berselindung, atau melindungi sesiapa dalam isu penyelewengan ini,” tegas beliau di sini hari ini.

Katanya lagi, Pakatan Pembangkang sepatutnya mencontohi UMNO yang tidak pernah melindungi mana-mana ahlinya atau pemimpin yang terlibat dalam isu-isu rasuah atau pun penyelewengan baik di peringkat mana sekalipun.

“Kalau dulu Pakatan Pembangkang  setiap masa menuduh UMNO parti rasuah dan kroni namun hari ini, jelas terbukti tidak sampai beberapa hari memerintah Selangor, pelbagai isu telah timbul di dalam pentadbiran Pakatan Pembangkang.

“Dan hari ini, timbul pula isu penyelewengan duit rakyat yang begitu besar berjumlah RM 1 Billion! Pastinya isu ini memerlukan penjelasan yang lebih konkrit dan masuk akal dari kerajaan Pakatan Rakyat.

“Rakyat Selangor sememangnya tertunggu-tunggu apa penjelasan mereka tentang isu penyelewengan yang melibatkan sejumlah wang rakyat yang begitu besar dan Pakatan Pembangkang Selangor juga tidak perlu berdolak dalih dan perlu memberi kerjasama untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka kelak,” ujarnya.

Datuk Chua Tee Yong hari ini mendedahkan berlakunya transaksi berjumlah RM1 bilion yang amat mencurigakan dalam kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor.

Beliau turut mendakwa bahawa kerajaan negeri Selangor telah membeli aset bernilai RM676 juta bagi menyelamatkan Talam Corporation Berhad (TALAM) yang telah menimbulkan banyak kecurigaan di dalam pembelian aset tersebut.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview