hadi-muhyiddinPresidennya, Tan Sri Muhyid­din Yassin berkata, Pas telah menyatakan persetujuan dan­ ta­­rikh perjumpaan juga su­dah­ ditetapkan.

Selain Pas katanya, pakatan pembangkang juga menjemput PPBM untuk menghadiri mesyu­a­rat bersama pemimpinnya dalam tempoh terdekat.

“Kita perlu ada pertemuan bagi berbincang mengenai bentuk kerjasama yang sesuai untuk dijalinkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyu­arat Agung Khas PPBM Memilih Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Muhyiddin turut mengumumkan, anak Tun Mahathir, Datuk Seri Muhkriz sebagai Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden iaitu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman; bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman dan pengamal undang-undang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Menurutnya, Anina Saadudin dipilih sebagai Ketua Srikandi dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Ketua Armada manakala sayap wanita ditiadakan buat masa ini.

Mengulas mengenai barisan kepemimpinan MPT yang rata-rata diisi oleh bekas pe­mimpin UMNO, beliau tidak menafikan gandingan tersebut namun menegaskan, PPBM turut disertai oleh anak-anak muda dan mereka yang bukan berlatar belakang ahli politik.

Ditanya mengenai bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mungkin dipecat daripada UMNO, beliau berkata, perkara tersebut di luar pengetahuannya namun PPBM sedia menerima Ahmad Husni untuk bersama-sama parti itu.