Presiden Filipina Adakan Pertemuan Dengan Tun Mahathir

PUTRAJAYA, 16 Julai  – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, hari ini mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri  di Kompleks Perdana Putra di sini,.

Ketibaan, Duterte, yang diiringi Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano dan Duta Besar Filipina di Malaysia, Charles Jose, disambut oleh Dr Mahathir  pada jam 3 petang.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan selama sejam.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Pertananan, Mohamad Sabu.

Duterte menyampaikan potret Perdana Menteri kepada Dr Mahathir sebagai memento bagi tanda lawatan tersebut.

Jurucakap presiden, Harry Roque, dilaporkan sebagai berkata ketika Duterte berada di Malaysia, presiden itu akan menemui Dr Mahathir  bagi membincangkan isu-isu berkaitan pemberontakan dan kumpulan pengganas ISIS (Daesh).

Duterte sedang dalam lawatan peribadi ke Malaysia untuk menyaksikan pertarungan ‘Fight of the Champions’ antara petinju Filipina, Manny Pacquiao dan Lucas Matthysse dari Argentina bagi merebut gelaran welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) di Axiata Arena, Bukit Jali, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pertarungan tersebut, Pacquiao, iaitu senator Filipina yang dikenali sebagai ‘Pac-Man’, mengejutkan juara bertahan itu untuk muncul juara welterweight WBA yang baharu.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview