Rafizi Dicabar Pulangkan Semula Wang Rakyat – GPRS

Shah Alam, 28 Jun – Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mencabar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memulangkan semula wang rakyat yang digunakan untuk membayar gajinya sepanjang bertugas sebagai Ketua Eksekutif  di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Rafizi perlu rasa berdosa kerana menggunakan wang rakyat tetapi gagal berbuat sesuatu untuk meningkatkan lagi ekonomi negeri Selangor kerana lebih gemar berpolitik.
 “Rafizi tidak perlu putar belit kenyataan. Beliau letak jawatan kerana mahu tumpu pilihan raya, bukan kerana ikhlas mahu melepaskan jawatan itu. Jika memang duit rakyat, saya cabar Rafizi pulangkan kembali elaun diterima sepanjang menjawat jawatan berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online  mengulas kenyataan Rafizi yang melepaskan jawatan ketua eksekutif kerana tidak selesa menerima gaji daripada tabung rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik.
Sohaimi berkata, Rafizi dilihat gagal dalam meningkatkan ekonomi negeri Selangor sejak menyandang jawatan berkenaan pada tahun 2009.
“Beliau juga sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana kegagalannya itu,” katanya.
Rafizi menyandang jawatan berkenaan sejak 2009.
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview