Rakyat Digesa Jangan Percaya Janji Pembangkang

SABAK BERNAM, 8 Sept – Kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa manifesto pilihan raya pembangkang pada 2008 bukan janji yang wajib dipatuhi adalah bukti mereka hanya tahu berjanji.

Justeru kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, rakyat mesti menolak mentah-mentah manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

“Mereka kata manifesto bukan satu janji yang patut ditepati sebenarnya adalah satu yang amat tidak beretika diucapkan oleh seorang menteri besar.

“…ia melambangkan hasrat sebenar pihak pembangkang, mereka hanya berjanjidan percayalah mereka tidak akan tepati janji,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Sabak Bernam, di sini, Sabtu.

Beliau mengulas keengganan kerajaan Selangor membayar tunggakan subsidi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor yang tidak menikmati kemudahan itu seperti dinyatakan dalam manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008.

Ahmad juga menyifatkan tindakan 683 pengguna di Selangor mahu memfailkan tuntutan terhadap kerajaan pimpinan PKR berhubung isu itu sebagai wajar.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview