Rugi RM54.8J Bukti Gagalnya Pakatan Menguruskan Unisel – Lokman Noor Adam

Shah Alam, 10 September – Pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam berhubung laporan audit Universiti Selangor (Unisel) yang mencatatkan kerugian RM54.8juta ternyata tidak mengejutkan rakyat Selangor.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, ia juga renteran beberapa peristiwa sebelum ini seperti kegagalan Unisel untuk membayar kontraktor-kontraktornya selama berbulan-bulan serta insiden pelanjutan cuti kepada pelajar-pelajar Unisel akibat daripada asrama mereka dikunci oleh kontraktor penyelengaraan asrama telah memberikan gambaran yang cukup jelas terhadap kedudukan kewangan Unisel.

“Ketika di zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN), Unisel merupakan sebuah university yang tidak pernah gagal mencatatkan keuntungan namun apabila pemerintahan kerajaan negeri yang tidak kompiten dan tidak mempunyai kemahiran pengurusan yang baik, akhirnya membawa padah kepada institusi yang sepatutnya menjadi Kebangaan rakyat Selangor.

Saya menggesa agar kerajaan negeri Selangor agar mendedahkan bagaimana sebuah institusi yang berwibawa di bawah pemerintahan kerajaan BN boleh mengalami kerugian di bawah pemerintahan kerajaan pakatan,” ujarnya yang juga mantan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata berdasarkan salinan Laporan Audit UNISEL bagi 2009 dan 2010, universiti milik kerajaan negeri itu merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Laporan audit 2009 dan 2010 ini ditandatangani sendiri Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pada Ogos 2011 namun apabilabeliau timbulkan isu kewangan UNISEL dalam keadaan nazak, Menteri Besar begitu sombong menafikan dan kini, Noh mendakwa beliau mempunyai salinan laporan audit universiti tersebut.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview