Shahril Tinggalkan KWSP Dalam Kedudukan Kukuh

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini berada pada kedudukan yang sangat kukuh, selain terkenal atas tadbir urus, integriti dan mutu perkhidmatannya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Shahril yang dilantik sebagai Pengarah Urusan baharu Khazanah Nasional Bhd, akan terus mengetuai dana persaraan itu sehingga melapor diri dengan dana kekayaan negara pada 20 Ogos, 2018.

“Saya gembira meninggalkan KWSP dalam kedudukannya yang baik. Ia merupakan organisasi yang  hebat. Pengerusi, Tan Sri Samsudin Osman, serta pasukan pengurusan akan meneruskan tugas ini.

“Lima tahun dari sekarang, KWSP akan menjadi lebih baik daripada keadaan yang saya tinggalkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSC) 2018: Esok Yang Lebih Baik, di sini hari ini.

ISSC 2018 yang berlangsung selama dua hari mulai hariini, dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview