Shahrir Minta Anggota UMNO Bertenang, Hormati Undang-Undang

PUTRAJAYA, 3 Julai – Semua anggota UMNO diminta bertenang dan mematuhi  serta menghormati undang-undang negara ekoran penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas anggota  parlimen  Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad ini kerana penahanan Najib itu perlu ada bukti dan kes yang kuat supaya ia bukan sekadar hanya memenuhi senario yang diada-adakan.

“Secara tidak langsung, kita akan pastikan juga undang-undang diaplikasikan agar tidak hanya menjadi sebahagian daripada senario yang berlaku semata-mata,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada SPRN berhubung isu beliau menerima  RM1 juta daripada Najib

Sehubungan itu Shahrir berkata Najib pernah  berpesan kepadanya supaya UMNO  jangan membiarkannya seorang diri berdepan dengan tuduhan.

 Najib dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd. 

Menurut sumber, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview