Shazalli Letak Jawatan Sebagai Pengarah Urusan, CEO Kumpulan TM

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, berkuatkuasa serta merta. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TM berkata, Timbalan CEO, Datuk Bazlan Osman, akan bertindak sebagai Pemangku CEO Kumpulan.

Sementara itu, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor, meletak jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas, berkuatkuasa 8 Jun, untuk terbabit dalam bidang lain. 

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview