Siapa Syed Saddiq Nak Pertikai Titah Sultan Johor? – Syaiful Rizal

JOHOR BAHRU, 6 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru hari ini menyelar tindakan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq yang mempertikai titah Sultan Johor.

14938098_1592213807471518_3372403687226072206_nKetuanya, Syaiful Rizal Abd Ghani berkata, Syed Saddiq seharusnya mencermin diri dahulu sebelum mahu mempertikaikan amanat DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengharamkan demonstrasi jalanan di negeri itu.

“Perhimpunan haram ini terlalu banyak buruk dari kebaikan. Sebagai seorang yang terpelajar seharusnya dia tahu membezakan buruk dan baik namun sayangnya kerana kepentingan peribadi Saddiq membiarkan dirinya hanyut dan lemas dalam perjuangan politik yang tidak benar.

Fahamkah Syed Saddiq nasib rakyat dan negara seperti di, Rose Revolution Georgia 2003, Orange Revolution Ukraine 2004, Tulip Revolution Kyrzyzstan 2005, Saffron Revolution Myanmar 2007, Green Revolution Iran 2009, Red Shirt Revolution 2010 dan lain2 negara. Adakah dakwaan Yellow Revolution atau BERSIH di Malaysia ditaja oleh orang atau badan yang sama?

Syed Saddiq kata dia berjuang demi negara, tetapi jika benar dakwaan bahawa BERSIH dibiayai dana asing maka Syed Saddiq sebenarnya hanyalah seorang talibarut asing yang merelakan dirinya diperkudakan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambahnya, Syed Saddiq boleh cuba untuk menjatuhkan UMNO dan BN, namun ada ramai anak muda dalam UMNO yang akan menggagalkan beliau dan memastikan Syed Saddiq akan mendapat pengajaran yang paling pahit.

Syed Saddiq tidak layak untuk menyanggah titah DYMM Tuanku Sultan Johor yang cukup dekat di hati rakyat dan sebagai anak muda, dia sepatutnya berbakti melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bukannya dengan mengajak rakyat berdemonstrasi.

“Berhentilah mempolitikkan Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan kononnya hak untuk berdemonstrasi dengan aman adalah hak setiap warganegara Malaysia.

Setakat ini BERSIH belum sekalipun berjaya membuktikan mereka mampu berhimpun secara aman. Apa yang kita lihat ialah mereka ini menimbulkan kekacauan dan mengganggu-gugat keamanan negara, merosakkan harta awam, memijak gambar pemimpin Islam bukan sahaja gambar DS Najib malah gambar Tuan Guru Haji Hadi, mencemar imej negara, menakut-nakutkan pelaburan asing masuk ke Malaysia dan menanam kebencian sesama rakyat di tanah tercinta ini.

Ini belum sikap peserta Bersih yang memaki dan mencederakan penjawat awam yang bertugas mengawal keselamatan Negara. Malah sanggup mengheret anak-anak kecil yg tidak mengerti demonstrasi ke jalan raya,” ujarnya lagi.

Hakikatnya, pemilihan Syed Saddiq sebagai Ketua Armada PPBM merupakan bukti kegagalan parti baru tersebut untuk menarik pemimpin muda yang lebih berpengalaman, lebih matang dan mahir dalam selok belok politik.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview