Singapura Harap Hubungan Dua Hala Dengan Malaysia Terus Kukuh

SINGAPURA, 11 Jun  — Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di luar Persidangan Antarabangsa Ke-24 mengenai Masa Depan Asia di Jepun.

“Kedua-dua pihak harus meneruskan untuk meningkatkan hubungan dua hala berdasarkan perjanjian yang ada,” kata Teo yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Singapura dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan bilateral yang panjang dan luas antara Singapura dan Malaysia.

Mereka juga menyatakan interaksi kerap antara menteri dan pegawai kanan kedua-dua negara diteruskan. 

Teo dan Dr Mahathir juga bersetuju untuk meneroka bidang kerjasama baharu, seperti perdagangan dan pelaburan untuk faedah bersama.

Kedua-dua pemimpin juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan global.

Pertemuan itu turut disertai Menteri Kewangan Singapura Heng Swee Keat.

Bertemakan ‘Keeping Asia Open – How to Achieve Prosperity and Stability’ persidangan itu anjuran Nikkei Inc. di Tokyo.

Teo dan Dr Mahathir juga bersetuju kedua-dua negara perlu terus bekerjasama untuk mengukuhkan ASEAN dan melindungi kestabilan dan pembangunan serantau.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview