Bekas Hakim, Mohamad Ariff Dimasyhurkan Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Hakim bersara Datuk Mohamad Ariff Yusof dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan hari ini.

Mohamad Ariff, 69, merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu. 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengusulkan pencalonan Mohamad Ariff sejurus persidangan Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi ini.

Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tiada undi diadakan memandangkan hanya satu nama dicadangkan.

Beliau dimasyhurkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah dengan simbolik pemakaian jubah agung Yang Dipertua Dewan Rakyat dan diikuti istiadat angkat sumpah jawatan.

Mohamad Ariff ,yang merupakan hakim Mahkamah Rayuan sebelum bersara pada 2015, terkenal dengan penghakimannya yang adil dan tidak memihak antaranya seperti krisis perlembagaan negeri Perak pada 2009 dan kontroversi berhubung kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. 

Beliau arif dalam undang-undang komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembagaan dan undang-undang pentadbiran.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview