SPRM siasat isu surat sokongan Faekah

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti isu berkaitan pengakuan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin behubung surat sokongan agar firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dipertimbangkan menjadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, pihaknya sedang meneliti peranan dimainkan Faekah dalam isu surat tersebut.

“Kalau setakat bagi surat, bukan dia yang buat, ia bukan satu kesalahan di bawah akta kita tetapi kalau dia sendiri duduk sebagai ahli lembaga yang membuat keputusan dan melantik adik-beradiknya, itu baru satu tuduhan di bawah akta kita,” katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mohd Shukri berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan di sini, yang disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Muhammad V.

Faekah sebelum ini mengaku menghantar surat agar sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya ‘dipertimbangkan’ menjadi panel peguam di syarikat PNSB.

Beliau bagaimanapun mendakwa, surat itu dihantar bersama beberapa surat firma guaman lain yang turut berminat menjadi panel guaman di PNSB dan syarikat milik kerajaan negeri lain.

Mohd Shukri berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana masih dalam proses mendapatkan pengesahan.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview