Syarikat Dipelawa Bertanding Untuk NACRA 2018

KUALA LUMPUR, 22 Mac  — Syarikat yang berminat untuk bersaing bagi Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) 2018, dijemput mendaftar dan mengemukakan penyertaan masing-masing sebelum 31 Mei.

Laporan tahunan yang layak untuk dipertandingkan pda NCRA 2018 meliputi firma yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 2017.

Anugerah ini terbuka kepada semua syarikat yang diperbadankan atau didaftarkan di Malaysia, serta sektor awam dan organisasi lain yang ditubuhkan di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur NACRA 2018, Stanley Teo Swee Chua berkata untuk anugerah tahun ini, lebih banyak tumpuan diberikan kepada kemamanan pelaporan, yang telah menjadi syarat penyenaraian dan isu utama bagi syarikat dan kerajaan.

“Ini selaras dengan keperluan penyenaraian Bursa Malaysia Bhd yang mensyaratkan penerbit perlu memasukkan pelaporan itu dalam laporan tahunan mereka,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran NACRA 2018 di sini hari ini

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview