Tahniah Anak Johor Yang Lulus Cemerlang STPM 2016 – Jais

JOHOR BAHRU, 1 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday menyifatkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia  (STPM) 2016 yang diumumkan semalam dilihat agak peningkatakan memberangsangkan untuk calon dari Johor berbanding tahun sebelumnya.

48ae98ef-0deb-4452-80e1-a496df531e0b“Memetik laporan akhbar Berita Harian, catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional meningkat kepada 2.71 berbanding 2.65 pada tahun 2015.

Dari segi kelulusan peringkat prinsipal bagi tahun 2016, jumlah calon yang lulus penuh 1 hingga 5 mata pelajaran telah meningkat sebanyak 0.35% iaitu daripada 98.74% pada tahun 2015 kepada 99.09% pada tahun 2016.

Sebanyak 60 daripada 85 buah sekolah telah mencapai kelulusan penuh 100% (70.59%, peningkatan sebanyak 2.41% berbanding tahun 2015),” ujarnya.

Menurut maklumat yang diperolehi, seramai 89 orang calon (1.84%) mendapat PNGK 4.00 berbanding dengan 50 orang calon (1.01%) dalam Peperiksaan STPM 2015 iaitu peningkatan seramai 39 orang calon (+0.83%).

Untuk rekod, seramai 5,220 orang calon telah mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan STPM 2016.

Dalam ramai-ramai calon yang menduduki peperiksaan tersebut, empat (4) calon dari negeri Johor telah terpilih untuk menerima Anugerah Pelajar Terbaik Perigkat Kebangsaan

Antara calon tersebut ialah Lim Lee Peng dari SMK Tunku Putra, Batu Pahat. Ng Xin Ye dari SMK Taman Kluang Barat, Kluang. Lim Xin Huo dari SMK Seri Bandar Pontian, Pontian dan seorang lagi dari SMK Bandar Mas, Kota Tinggi iaitu saudari Khairunnisaq Binti Khairuddin.

“Saya juga difahamkan, sebuah sekolah dari negeri Johor juga akan menerima Anugerah Sekolah Terbaik Peringkat Kebangsaan iaitu SMK Bandar Tenggara, Kulai (PNGK : 3.26; Peratus Lulus Penuh : 100%; Calon Cemerlang : 6 orang).

Di atas kejayaan mereka, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan sekolah, pensyarah-pensyarah Tingkatan 6 Seluruh Negeri Johor serta ibu bapa dan juga pelajar yang telah bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan ini. Semoga usaha ini berterusan untuk Tahun 2017 dan tahun-tahun akan datang,” tambahnya.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview