Tengku Razaleigh Masih Belum Buat Keputusan Untuk Tanding Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Jun  — Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah belum memutuskan sama ada bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu 30 Jun ini.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata beliau sedang mempertimbang pandangan pelbagai pihak yang mahu beliau bertanding jawatan tertinggi UMNO itu.

Namun, katanya, beliau merasakan orang muda perlu diberi tanggungjawab memimpin parti yang berusia 72 tahun itu.

“Saya dah terima pandangan dari keluarga (berhubung cadangan  bertanding jawatan Presiden UMNO). Dari segi  umur saya…terdaya  atau tak terdaya nak pergi ke 191 bahagian dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, saya akan beristikharah,” katanya yang juga Anggota  Parlimen Gua Musang. 

Tengku Razaleigh, 81, berkata demikian pada forum ‘Dilema Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14  di Kelab Sultan Sulaiman di sini, malam ini.

Kira-kira 200 peserta menghadiri forum itu sebagai tanda memberi sokongan  terhadap  cadangan untuk mencalonkan Tengku Razaleigh bagi jawatan presiden parti.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview