Terbuka Malaysia: Nicol tepati ramalan, mara suku akhir

SEPERTI dijangka, ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengesahkan slot ke suku akhir Terbuka Malaysia CIMB, selepas mengetepikan cabaran pemain Australia, Donna Urquhart di pusinga kedua hari ini.

Nicol yang tumpas pada set kedua bijak mengambil kesempatan di atas kesilapan pihak lawan untuk mencatat kemenangan pada set berikutnya.

Nicol menang 11-6, 8-11,11-8,11-7.

“Perlawanan hari ini amat sengit dan Urquhart begitu bersemangat sehingga memaksa saya bekerja keras untuk mengembalikan rentak permainan selepas tewas set kedua,” katanya.

Kemenangan ini juga memberi motivasi terbaik buat Nicol yang memburu gelaran kelapan peribadi sebelum menentang pencabar dari Hong Kong Annie Au, di suku akhir esok.

“Bertemu Annie, dia seorang pemain yang bagus. Paling penting pukulan saya perlu tepat dan tidak mensia-siakan peluang pada perlawanan esok,” katanya

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview