Tindakan BERSIH Ganggu Program SBS Drag Race Di Dataran Merdeka Tindakan Kurang Ajar – Nazir

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyelar sikap penyokong BERSIH yang telah mengganggu dan mencetuskan provokasi pada program SBS Drag Battle anjuran Biro HELP pagi ini di Dataran Merdeka.
14906917_580843272101917_9121603131789354388_nPengerusinya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, jelas tindakan kumpulan haram BERSIH ini tidak tahu menghormati keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat Malaysia, sebaliknya mereka lebih gemar mencetuskan suasana tidak aman dan tidak menghormati program yang dianjurkan secara sah dan mendapat permit dari pihak berkuasa.

“Janganlah bersikap kurang ajar, jelas tindakan mereka hari ini membuktikan kumpulan haram BERSIH ini memang tidak tahu menghormati undang-undang dan tidak mampu menjanjikan suasana aman dan harmoni sekiranya mereka mengajurkan perhimpunan BERSIH5,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Sehubungan dengan itu, Biro HELP Pemuda menegaskan bahawa pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan lebih tegas kepada peserta atau anggota kumpulan haram ini supaya segala perlakuan dan tindakan jahat mereka ini tidak memberikan pandangan negative terhadap Negara kita yang cintakan keamanan dan keharmonian .

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview