Tindakan Libatkan Pak Lah & Ku Li Dalam Himpunan Oren Bukti Pembangkang Kuat Membohong – Ahmad Maslan

Tapah, 15 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan penganjur Perhimpunan Oren melibatkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam semua banner dan bahan promosi kempennya merupakan satu pembohongan dan satu usaha jahat pembangkang, sedangkan kedua-kedua pemimpin ini tidak tahu menahu pun tentang perhimpunan tersebut.

“Tiada kaitan langsung dalam hal tersebut. Alangkah mereka buat begitu pun tak dapat sokongan, kita amat kesal kerana perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab kerana mereka (Pak Lah dan Ku Li) tidak pernah pun mengatakan tidak setuju tentang segala kebaikan Felda dan melalui wakil-wakil mereka telah menafikan penglibatan mereka dalam Perhimpunan Oren tersebut.

Itu satu keadah yang amat tidak bertanggungjawab dan orang yang buat kerja tak betul ini akhirnya akan dapat perkara yang tidak betul. Apa yang tak betul, akhirnya perhimpunan tersebut tidak mendapat sokongan pun,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tapah di Dewan Merdeka Tapah sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, Ahmad Maslan menyifatkan perhimpunan tersebut satu perhimpunan yang gagal. Ini kerana mereka berjanji 20,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut sedangkan yang datang hanya sekitar 2000 hingga 3000 orang sahaja.

“Malah yang datang pun bukanlah peneroka Felda, ini merupakan kumpulan pembangkang yang datang entah dari mana. Mereka tak tahu pun apa-apa isu Felda. Malah, pemimpin-pemimpin utama mereka sendiri pun tidak datang. Nampak sangat mereka tidak sepakat tentang isu penyenaraian FGV yang baik itu.

Malah provokasi mereka dalam perhimpunan tersebut juga tidak menjadi, mungkin mereka mahukan keganasan, peserta mereka dipukul polis tetapi perkara tersebut tidak jadi. Tahniah kepada pihak berkuasa terutamanya pihak polis kerana berjaya mengawal perhimpunan tersebut,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional.

Tambahnya, segalanya Felda dah lakukan, oleh kerana itu perhimpunan ini tidak diterima oleh peneroka felda dan penyokongnya sendiri.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview