UMNO Murtad: Nik Aziz Dah Semakin Jauh Tersasar

Shah Alam, 19 Nov- Satu kenyataan yang memeranjatkan dari seorang yang dianggap ulamak besar oleh PAS yang mengatakan UMNO dan Barisan Nasional murtad.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, jika dilihat pemimpin-pemimpin yang masuk ke gereja untuk berkempen atau ‘berdakwah’ ialah pemimpin-pemimpin dari pakatan pembangkang.

“….dan yang bersetuju dengan pemilihan agama ini dibebaskan kepada orang islam adalah pemimpin mereka. Kalau ulamak besar PAS mengatakan UMNO murtad, saya kira beliau tersasar dari perkara yang sebenar.

Rakyat boleh melihat dan menilai bahawa kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO yang membina masjid, yang membina surau, yang mewujudkan berbagai-bagai agensi keagamaan YADIM, YAKIM dan sebagainya,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuang.

Tambahnya, walaupun kita tidak boleh menerima kenyataan namun mendoakan agar Nik Aziz diberikan kerahmatan oleh Allah taala dan diberikan petunjuk yang lebih jelas di masa yang akan datang.

Terdahulu, Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview