YaPEIM Buat Laporan Polis Terhadap NOW

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini membuat laporan polis terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir, yang membuat tuduhan tidak berasas dan berunsur fitnah.

Pengarah undang-undang YaPEIM Datuk Mohd Naser Disa berkata dokumen yang didedahkan pengarah NOW itu telah diputarbelitkan.

“Ada lagi dokumen lain contohnya dokumen yang menyatakan bahawa lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat, Iowa dan Minnesota adalah tidak benar kerana Jamil Khir hanya pergi ke Washington dan Indianapolis sahaja,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Mohd Naser berkata Yapiem akan menfailkan saman terhadap Akmal berhubung dakwaannya itu, dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata, pihaknya membuat laporan polis itu kerana mendapati dokumen yang diperoleh NOW serta yang dipaparkan di laman sosial adalah dokumen yang diperoleh secara tidak sah dan faktanya diputarbelitkan.

Akmal Nasir sebelum ini mendakwa bahawa program yang disertai Jamir Khir ke Amerika Syarikat pada 21 hingga 29 Mei tahun lepas bersifat bersuka ria dengan menggunakan dana anak yatim.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview